Sunday, 31 December 2017

Qod kafani i'lmu robbi قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي

Umrah Dan Haji

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
,

HAJI

Ibadah Haji mengikut kebiasaan sebutan orang adalah ‘haji besar’ dan ibadah Umrah pula disebut ‘haji kecil’. Musim Haji bermula daripada 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah (hari raya puasa hingga hari raya haji), manakala Umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa termasuk di luar musim haji. Dari segi syarak pula ianya adalah mengunjungi Baitullahil Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadat-ibadat yang tertentu di sana.
 .

Menunaikan Haji

Menunaikan haji adalah rukun Islam kelima dan ia dikerjakan hanya di sekitar tanah suci Mekah serta masanya hanya dari 9 hingga 13 Zulhijah. Haji menurut syarak adalah mengunjungi Baitullah (Rumah Allah) di Mekah untuk beribadat ‘manasik’ (tawaf, saie, bergunting) dan wukuf pada waktu serta syarat-syarat tertentu dalam bulan Zulhijah.
 .
Firman Allah SWT: “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa untuk sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur (ingkar kewajipan haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.” (Surah Al-Imran, ayat 97)
 .
Ibadat haji hanya diwajibkan kepada Muslim yang berkemampuan dari segi kewangan, kesihatan fizikal dan juga mental. Allah membuka ruang dan memudahkan semua hamba-Nya menziarahi, mendekatkan diri dan bermunajat kepada-Nya serta memohon limpah Rahmat-Nya dan Hidayah-Nya. Ibadat haji adalah satu-satunya peluang keemasan untuk kita mengadap Allah secara lebih dekat.
.
Firman Allah dalam surah al-Hajj: “Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada-Mu dengan berjalan kaki, atau mengenderai setiap unta yang kurus, mereka datang dari segenap penjuru yang jauh agar mereka menyaksikan berbagai-bagai manfaat untuk mereka dan agar mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari (hari raya haji dan tasyrik) yang telah ditentukan.”
.
Pemergian ke kota Makkah atau Arafah bukan semata-mata perjalanan jasad, tetapi perjalanan‘rabbani’ iaitu perjalanan berserta ketulusan hati dan rohani ke arah menemui Allah SWT serta mengeratkan jalinan hubungan antara Allah sebagai Khalik (Pencipta) yang menjadikan alam sebagai makhluk-Nya dan manusia sebagai khalifah-Nya.
Firman Allah SWT.: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.” (Surah al-Baqarah, ayat 196).
.
Haji dan Umrah, kedua-duanya hanya wajib sekali saja seumur hidup dan sunat dikerjakan berulang-ulang kali. Perbezaan jelas antara kedua-duanya ialah haji hanya boleh dikerjakan dalam bulan haji iaitu mulai 1 Syawal hingga naik fajar hari 10 Zulhijah.
.
Allah menyediakan ganjaran cukup besar bagi sesiapa yang mengerjakan umrah dan haji pada bulan ini. Rasulullah SAW bersabda: “Daripada satu umrah ke umrah berikutnya adalah penghapus semua kesalahan serta dosa yang berlaku antara keduanya. Haji yang mabrur (yang dilakukan dengan ikhlas dan sempurna) itu tidak ada ganjarannya yang setimpal melainkan syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
.
.

Niat Haji dan Umrah

1.  Niat mengerjakan Haji:

نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلَّهِ تَعَاَلَى

Daku mengerjakan Haji dan berihram dengannya kerana Allah Ta’ala.
2.  Niat mengerjakan Umrah:

نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّهِ تَعَاَلَى

Daku mengerjakan Umrah dan berihram dengannya, kerana Allah Ta’ala.
3.  Niat mengerjakan Haji dan Umrah serentak (Haji Qiran):

نَوَيْتُ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِـهِمَا لِلَّهِ تَعَاَلَى

Daku mengerjakan Haji dan Umrah serta berihram dengan kedua-duanya, kerana Allah Ta’ala.
.
.

FADILAT HAJI

Antara hadis Rasulullah SAW yang menghuraikan mengenai kelebihan ibadat haji, umrah dan tanah suci Makkah ialah:
  1. Ibadat haji itu dapat menghilangkan dosa sebagaimana air dapat menghilangkan segala daki.
  2. Setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat untuk orang yang mengerjakan haji di Baitullah60 rahmat untuk orang yang bertawaf40 rahmat untuk orang yang bersolat dan 20 rahmat untuk yang memandang kepada Kaabah.
  3. Haji yang mabrur ialah pekerjaan haji yang tidak bercampur dengan dosa sejak ihram hingga Tahalul.
  4. Sesiapa yang mengerjakan haji kerana Allah dan dia tidak merosakkannya dengan sebab bersetubuh dan tidak membuat sebarang maksiat, maka pulangnya kelak seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.
  5. Iringilah hajimu dengan melakukan umrah, kerana kedua-duanya akan menghapuskan kemiskinan dan dosa, laksana relau yang membakar hangus segala kotoran besi, emas dan perak.
  6. Tiadalah ganjaran lain bagi haji yang mabrur melainkan Syurga.
  7. Hujjaj dan Ummar  (Jemaah Haji dan Umrah) semuanya tetamu Allah, jika mereka berdoa kepada-Nya akan diperkenankan, jika mereka pohonkan keampunan akan diampunkan.
  8. Dari umrah ke umrah adalah penghapus dosa antara keduanya. Haji yang mabrur tiadalah lain ganjarannya melainkan syurga.
  9. Sesiapa yang sabar menanggung sakit sehari di Makkah, maka Allah tulis pahala amal soleh yang dikerjakan olehnya di luar Makkah sebanyak 60 tahun.
  10. Sesiapa yang bersabar menanggung satu saat panas siang hari di Makkah, Allah akan menjauhkan dia 100 tahun lamanya di neraka Jahanam.
  11. Sesiapa yang meninggal dalam pelayaran ke Tanah Suci Makkah sama ada waktu pergi atau balik, segala dosanya tidak akan dipamerkan dan tidak akan dikira pada hari kiamat (diampunkan).
  12. Siapa yang meninggal di Makkah seolah-olah dia telah meninggal di langit dunia.
  13. Baitullah ini adalah tunjang Islam, siapa yang keluar kerana mengunjunginya untuk mengerjakan haji atau umrah, dia dijamin Allah, jika dia meninggal ia akan dimasukkan ke syurga-Nya, jika dia pulang, pulang dengan ganjaran dan harta.
  14. Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk ibadat haji adalah seperti perbelanjaan untuk fisabilillah, satu dirham digandakan dengan 700 X.
  15. Satu dari tanda-tanda haji yang diterima ialah; Apabila ia melakukan kebaikan dan amalan melebihi dari sebelum pemergian ke Makkah dan tidak lagi terdorong ke arah perkara-perkara maksiat.
.
.
.
.

SYARAT WAJIB SAH HAJI

Haji diwajibkan sekali sahaja seumur hidup, apabila memenuhi syarat:
  1. Islam
  2. Baligh dan berakal (Mukallaf).
  3. Merdeka
  4. Berkemampuan dan berkuasa.
  5. Wanita mesti mendapat izin suami atau wali, dan ditemani oleh suami, mahram atau wanita yang dipercayai.
 .
 .

RUKUN HAJI

1.  Niat ihram
2.  Berwukuf di Arafah.
3.  Tawaf  Ifadah.
4.  Saie di antara Shafa dan Marwah.
5.  Bercukur atau bergunting rambut (Tahalul).
6.  Tertib pada kebanyakan rukun.
Jika tertinggal salah satu rukun atau tidak mengikut syaratnya maka Haji / Umrahnya TIDAK SAH (BATAL) dan terpaksa mengqadakannya semula dengan segera kerana masih di dalam ihram (pantang larang).
.
.

BATAL HAJI

  1. Tidak melakukan semua rukun haji dengan sempurna mengikut syarat-syaratnya.
  2. Tidak melakukan dan hadir sendiri di tempat ibadat dan dalam masa yang ditetapkan, walaupun boleh dengan bantuan orang lain.
  3. Melakukan persetubuhan semasa ihram kecuali sesudah tahallul awal.
  4. Hilang akal atau pengsan sepanjang menunaikan haji.
  5. Membatalkan niat ibadat oleh sesuatu keadaan.
  6. Murtad.
.
.

SYARAT WAJIB MENGERJAKAN HAJI

  1. Niat ihram di Miqat.
  2. Menjaga larangan dalam ihram.
  3. Bermalam di Mudzalifah.
  4. Melontar Jamrah Al-Aqabah.
  5. Bermalam di Mina.
  6. Melontar ketiga-tiga jamrah pada hari-hari Tasyriq.
Sekiranya tertinggal salah satu daripadanya HAJI / UMRAHNYA SAH tetapi diwajibkan dam
.
SIMBOLIK RUKUN DAN WAJIB HAJI (Klik Di Sini)
.
.
Slide Haji Dan Umrah
Ibadat Haji & Umrah Jenis Haji & Umrah
.
.
Artikel Seterusnya Klik Tajuk-Tajuk Di Bawah…
JENIS-JENIS HAJI  (Klik Di Sini)
IHRAM  (Klik Di Sini)
TAHALUL  (Klik Di Sini)
TAWAF  (Klik Di Sini)
WUKUF DI ARAFAH   (Klik Di Sini)
DOA MALAM ARAFAH   (Klik Di Sini)
MABIT DI MUDZALIFAH   (Klik Di Sini)
MELONTAR   (Klik Di Sini)
DAM   (Klik Di Sini)
.
.

HIKMAH HAJI

  1. Menghapuskan dosa dan membersihkan jiwa.
  2. Mendapat keampunan dan ganjaran daripada Allah.
  3. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
  4. Memahami dan mengayati sejarah kecemerlangan Islam dengan mendalam.
  5. Melahirkan rasa syukur atas nikmat harta dan kesihatan yang diberikan Allah.
  6. Menimbulkan rasa keinsafan di dalam hati kerana ketika mengerjakan haji, kerana semua hamba Allah itu sama saja keadaannya dan tanggungan beban sama ada yang kaya, miskin, raja atau rakyat biasa.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DI BULAN RABIUL AWAL

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal.
Bulan Rabiul Awal bermaksud bulan di mana bermulanya musim bunga bagi tumbuh-tumbuhan. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiul Awal, pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Selepas kedatangan Islam, Rasulullah  telah mengekalkan nama Rabiul Awal ini dan berterusan penggunaannya sehinggalah kini.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Bulan Rabiul Awal,bulan ketiga dalam kalendar Hijrah ini tercatat berbagai peristiwa besar dan penting, sejarah jatuh bangunnya Tamadun Islam yang menjadi ingatan kepada seluruh umat mukmin, di antaranya ialah;

1)      Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad  pada 9 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan 23 April 571 Masihi.

2)      Rasulullah  mengahwini Siti Khatijah binti Khuwailid pada 10 Rabiul Awal.

3)      Nabi Muhammad  diangkat sebagai Rasul pada 1 Rabiul Awal ketika berusia 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

4)      Rasulullah  bersembunyi di Gua Hira’ pada 2,3 & 4 Rabiul Awal.

5)      Sewaktu berhijrah ke Yatsrib (Madinah), Rasulullah  singgah di Qubah pada 8 hingga 12 Rabiul Awal.

6)      Nabi Muhammad sampai di Quba’ pada hari Isnin Rabiul Awal dan terus membina Masjid Quba’, masjid pertama dalam sejarah Islam.

7)      Rasulullah sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiul Awal dan menunaikan solat Jumaat yang pertama bersama kira-kira 100 orang Islam yang bersama Baginda ketika itu.

8)      Di antara peperangan yang berlaku di bulan Rabiul Awal ialah peperangan ‘Safwan’ (Badar pertama), ‘Bawat’‘Zi Amar’ (Ghatafan)‘Bani An-Nadhir’‘Daumatul Jandal’ dan peperangan ‘Bani Lahyan’.

9)      Dalam Peperangan ‘Safwan’, Baginda  keluar bersama para sahabat mengejar Karar bin Jabir Al Fihriy yang telah melakukan serangan ke atas binatang ternakan Madinah pada tahun kedua Hijrah.

10)  Peperangan ‘Bawat’ – satu kawasan di Yanbu’- pada tahun kedua Hijrah bagi menyekat kafilah perniagaan Quraish yang mengandungi 1500 ekor unta, diketuai oleh Umaiyah bin Khalaf.

11)  Pada tahun ketiga Hijrah, satu kumpulan tentera Islam yang diketuai oleh Muhammad bin Maslamah dihantar bagi membunuh Kaab bin Al Ashraf seorang ketua kaum Yahudi yang menghina Islam dengan syair-syairnya, menyeru kaum Quraish supaya memerangi Islam. Ia menunjukkan sikap penentangan terbuka yang ditunjukkan oleh orang Yahudi terhadap Islam dan penganutnya pada permulaan seruan Islam lagi kerana kedengkian yang menebal di sanubari mereka.

12)  Peperangan ‘Zi Amar’ (Ghatafan) pada tahun ketiga Hijrah di daerah Najd.

13)  Peperangan ‘Bani An Nadhir’ pada tahun keempat Hijrah, mereka adalah salah satu goolongan Yahudi yang mengadakan perjanjian damai dengan Baginda , tetapi mereka mengkhianatinya dengan cubaan bagi membunuh Nabi . Baginda  bersama para sahabat telah mengepung mereka selama 15 hari sehinggalah mereka bersetuju menyerah kalah kepada Rasulullah . Mereka telah dikeluarkan dari Madinah dengan meninggalkan segala alat perang mereka kecuali barang makanan dan pakaian sahaja. Kesemuanya menuju ke Khaibar dan pada akhirnya kesemua kaum Yahudi telah dikeluarkan dari Semenanjung Tanah Arab ke Bumi Syam pada zaman Umar Al Khattab.

14)  Pada bulan Rabiul Awal tahun kelima Hijrah berlakunya peperangan ‘Dumatu Al Jandal’.

15)  Peperangan ‘Bani Lahyan’ pada 15 haribulah tahun keenam Hijrah. Tentera Muslimin seramai 200 orang termasuk 20 penunggang kuda yang dipimpin sendiri oleh Rasulullah  tetapi tidak berlaku apa-apa peperangan disebabkan oleh Banu Lahyan melarikan diri ke bukit-bukau.

16)  Pelepasan penghantaran tentera Islam oleh Abu Bakar As Siddiq yang dipimpin oleh Usamah bin Zaid bagi berhadapan dengan orang Rom, ianya telah diarahkan oleh Baginda  supaya menuju ke tanah jajahan Rom tetapi terhenti disebabkan oleh kewafatan Baginda .

17)  Nabi Muhammad  wafat pada Isnin 12 Rabiul Awal tahun ke-11 Hijrah bersamaan 7 Jun 632 Masihi, di rumah isterinya Aisyah r.ha. selepas sakit selama 13 hari dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

18)  Para sahabat melantik dan membai’ah Saidina Abu Bakar As Siddiq menjadi Khalifah pada tanggal 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah di Dewan Bani Sa’idah, iaitu pada hari Rasulullah wafat.

19)  Pada zaman saidina Abu Bakar r.a., tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra berjaya menaluki Iraq secara damai dalam bulan Rabiul Awal dan memulakan pembukaan ‘Al Hirah’ serta pemerintahan Islam di bumi Iraq.

20)  Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib peperangan ‘Al Hittin’ dan seterusnya membuka Baitul Muqaddis pada bulan Rabiul Awal tahun 583 H.

21)  Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada bulan Rabiul Awal tahun 897H.

22)  Kemasukkan tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella ke bumi Gharnada, bandar dan kubu terakhir tentera Islam di Andalusia pada tahun 897 Hijrah.

        Kekalahan di Andalusia, merupakan kejatuhan sebuah negara Islam yang amat menyayatkan hatiOrang Islam di sana dibunuh dengan kejamnya dan segala warisannya dimusnahkan. Antara sebab kejatuhan negara tersebut pepecahan sesama ummat Islam, tidak menurut perintah Allah سبحانه وتعالى., kelemahan stategi dan tenaga untuk berhadapan dengan kaum Kristian. Kejatuhan tersebut ditangisi oleh semua ummat Islam sehinggakan ada dikalangan penyair yang mengarang kedukaan itu di dalam syair-syair mereka. Kehilangan itu bermakna kemusnahan tempat sejarah warisan ummat Islam, masjid-masjid ditukarkan menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan berkumandang di negara tersebut.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

KEISTIMEWAAN DAN AMALAN DI BULAN RABIUL AKHIR

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

12-rabi-al-awwal-wallpaper.
Rabiul Akhir (ربيع الآخر) adalah bulan keempat mengikut Taqwim Hijrah (kalendar Islam). Pada zaman dahulu, bulan-bulan seperti ‘Rabi-awal’ dan ‘Rabi-thani’ menandakan “musim bunga”, yang merujuk kepada musim pertumbuhan tanaman bijirin di Timur Tengah.

Kedua-dua bulan ‘Rabi’ tersebut menandakan “masa memakan rumput” binatang ternakan apabila banyak makanan dari tumbuh-tumbuhan telah muncul. Jika ‘Rabiul Awal’ ertinya bermulanya musim bunga bagi tumbuh-tumbuhan, ‘Rabiul Akhir’ pula bererti musim bunga yang terakhir juga dipanggil dengan nama ‘Rabiul Thani’ iaitu musim bunga kedua.

‘Rabi’ juga bermaksud gugur atau menetap dan ‘Akhir’ ertinya penghabisan. Maka Rabiul Akhir juga membawa pengertian musim gugur atau menetap kali penghabisan atau yang terakhir. Bulan ini juga dinamakan ‘Rabiul Thani’  (ربيع الثاني) yang bererti gugur atau menetap kali yang ke-dua.

Ketika itu musim gugur (rabi`) ini berlaku dua bulan berturut-turut iaitu dari penghujung bulan Oktober sehingga lewat bulan Disember dan pada zaman Jahiliah, 2000 tahun dahulu. Semua golongan lelaki yang meninggalkan rumah, akan terus menetap pada bulan kedua atau saat-saat akhir di rumah dan kawasan kaum keluarga masing-masing.

Bulan ini yang merupakan tanaman dan tumbuhan telah sampai ke penghujung dan kemuncak bagi tanam-tanaman mengeluarkan bunga. Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga seiring dengan musim luruh dan sebelum tibanya musim sejuk.

Gelaran bagi setiap nama bulan pada asalnya sudah lama wujud sebelum kedatangan Nabi Muhammad  iaitu sejak zaman Ka’ab bin Murrah, datuk kelima Rasulullah  lagi dan Baginda  terus menggunakannya oleh kerana nama-nama bulan tersebut tidak memberi makna yang buruk. Maka selepas kewafatan Rasulullah , para sahabat terus mengekalkan nama tersebut walaupun sebenarnya nama-nama bulan seperti Rabiul Akhir itu sendiri tidak lagi berkaitan dengan peredaran musim bunga atau buah kepada tanaman.

Cuaca, iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain sedangkan takwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.

Kesimpulannya, Rabiul Akhir atau Rabiul Thani yang bermakna musim bunga yang kedua dan terakhir tidak semestinya dikaitkan dengan keadaan musim bunga sebenarnya, kerana ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.

Firman Allah سبحانه وتعالى :
وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ آيَتَيْنِۖ فَمَحَوْنَا آيَةَ اللَّيْلِ وَجَعَلْنَا آيَةَ النَّهَارِ مُبْصِرَةً لِّتَبْتَغُوا فَضْلًا مِّن رَّبِّكُمْ وَلِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَۚ وَكُلَّ شَيْءٍ فَصَّلْنَاهُ تَفْصِيلًا ﴿١٢﴾
 “Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami), Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang benderang, supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); Dan (ingatlah tanda seruan) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah terangkan dia satu persatu (di dalam al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.”  (Surah al-Israa’; ayat 12)
.
.

Amalan Dan Fadhilat Bulan Rabiul Awal


Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat di bulan Rabiul Akhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.

Firman Allah سبحانه وتعالى:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا ﴿٣٠﴾
“Sesunggunya mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah kami tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan dengan baik (berusaha memperbaiki amalnya).”(Surah Al-Kahfi: Ayat 30)

Disamping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.

Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tidak lakukan atau tidak berkesempatan melakukannya. Maka pada bulan inilah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.
.
Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan dan disarankan oleh Rasulullah  sepanjang tahun adalah :
.
1)      Solat berjemaah, terutama solat fardhu di masjid atau surau setempat.
2)      Membaca dan berusaha memahami Al-Qur’an
3)      Menghayati dan memperbanyakkan :
a)      Zikir – tahlil, tahmid dan takbir.
b)      Istighfar  dan taubat
c)      Selawat ke atas Rasulullah .
4)      Qiamullail iaitu bangkit beribadat di waktu malam.
5)      Mendirikan solat-solat sunat seperti:
a)      Solat Sunat Fajar
b)      Solat Sunat Dhuha
c)      Solat Sunat Rawatib
e)      Solat Sunat Witir 
6)      Memperbanyak dan membiasakan bersedekah
7)      Berpuasa sunat, terutamanya  pada hari-hari Isnin dan Khamis
8)      Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah, kuliah agama dan sebagainya
9)      Menjaga pancaindera dan anggota badan daripada melakukan kemaksiatan.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ ﴿٧﴾
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.” (Surah Al-Bayyinah: Ayat 7)
.
Rasulullah bersabda: “Hendaklah kamu semua berbuat sesuai dengan kekuatan kamu sahaja. Sesungguhnya Allah itu tidak jemu (memberi pahala) sehingga kamu semua bosan (melaksanakan amalan itu). Adalah cara melakukan agama yang paling dicintai oleh Allah itu ialah apa-apa yang dikekalkan melakukannya oleh orang itu (tidak perlu banyak asalkan berterusan).” (Muttafaq ‘alaih)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

PAKEJ UMRAH PREMIUM 2020 - RICHWORLD TRAVEL

PAKEJ UMRAH PREMIUM - PAKEJ CUTI SEKOLAH Boleh terus click link whatapps kami untuk survey. https://wa.me/60108694884 # ...