Sunday, 21 January 2018

Najib, keluarga diberi penghormatan ziarah makam Nabi Muhammad SAW

Najib, keluarga diberi penghormatan ziarah makam Nabi Muhammad SAW
Najib bergambar di pintu masuk makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi, Madinah, pada Selasa, 9 Jan, 2018. Facebook Najib Razak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi menziarah Makam Nabi Muhammad SAW pada Selasa sempena lawatan kerja lima harinya ke negara itu.

"Alhamdulillah, semalam saya dan keluarga telah melawat Raudhah dan Makam Nabi Muhammad selepas Solat Isya' di Masjid Nabawi (di Madinah).

"Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, telah memberi kebenaran untuk saya dan keluarga termasuk Bonda (Tun Rahah Mohammad Noah) memasuki makam Rasulullah.


Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata lawatan kerja Perdana Menteri ke Arab Saudi bermula Selasa hingga 12 Jan ini adalah atas jemputan Raja Arab Saudi.

Menurutnya lawatan itu bertujuan membolehkan pemimpin kedua-dua negara berbincang isu-isu dua hala yang telah dipersetujui semasa kunjungan sulung baginda ke Malaysia tahun lalu.


Selain itu, adalah menjadi hasrat perdana menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja tersebut, kata kenyataan itu.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

PAKEJ UMRAH PREMIUM 2020 - RICHWORLD TRAVEL

PAKEJ UMRAH PREMIUM - PAKEJ CUTI SEKOLAH Boleh terus click link whatapps kami untuk survey. https://wa.me/60108694884 # ...