**Selain GST, bayaran tambahan RM45 untuk sistem dan pengurusan serta RM40 (insurans) akan dikutip bagi setiap umat Islam yang mengerjakan Umrah*
KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac) menguatkuasakan GST bagi pakej Umrah yang bakal akan dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta berkuat kuasa hari ini.
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Mas Ermieyati Samsudin berkata syarikat swasta tersebut akan mengutip (GST) RM5.10 daripada setiap umat Islam Malaysia yang hendak mengerjakan umrah dengan penguatkuasaan Lesen Khas Umrah (LKU).
Terdahulu, Motac menguatkuasakan Integrated Manasik Monitoring System atau Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (Imams), mulai hari ini.
Menurutnya, Imams dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta yang membuat cadangan kepada kementerian satu sistem yang boleh diguna pakai serentak dengan penguatkuasaan LKU.
“Selain GST, bayaran tambahan RM45 untuk sistem dan pengurusan serta RM40 (insurans) akan dikutip bagi setiap umat Islam mengerjakan Umrah,” kata beliau lapor portal Ismaweb.net.
“Kerajaan bersetuju supaya kementerian mengguna pakai sistem pengurusan maklumat pemantauan bersepadu Imams, bagi pelaksanaan umrah dan ziarah,” tambah beliau lagi.
Katanya, penggunaan Imams selaras dengan peruntukan mengikut Peraturan 6(1)(n) Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan) 1992 di mana pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa syarat lain sebagaimana yang ditetapkan pesuruhjaya dari semasa ke semasa.
Imams pada awalnya dirancang dikuatkuasakan pada 1 November lalu, tetapi ditangguhkan berikutan bantahan daripada syarikat pengendali umrah dan ziarah.
SUMBER: http:// www.beritadaily.com/ kerajaan-berkuat-kuasa-gst- bagi-pakej-umrah/

SUMBER: http://
No comments:
Post a Comment